Berita Terkini

PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA (RPKM) PADA 22 HINGGA 23 DISEMBER 2021 (RABU – KHAMIS)
20 December 2021

Adalah dimaklumkan bahawa Portal Residensi Prihatin Keluarga Malaysia (RPKM) tidak dapat diakses oleh pengguna pada 22 hingga 23 Disember 2021 (Rabu – Khamis) untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan portal. Portal hanya boleh diakses semula pada 24 Disember 2021 (Jumaat) jam 9.00 pagi. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

PENJENAMAAN SEMULA RESIDENSI PRIHATIN KEPADA RESIDENSI KELUARGA MALAYSIA (RKM) - 7 OKTOBER 2021
07 October 2021

YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan telah menjenamakan semula Residensi Prihatin sebagai Residensi Keluarga Malaysia (RKM) semasa menggulung perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2021. Keputusan ini selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang menekankan kepentingan keluarga sebagai institusi terkecil terpenting dalam membina masyarakat. Penjenamaan ini menggambarkan kepentingan pemilikan sebuah kediaman yang selesa dalam pembentukan kesejahteraan sesebuah keluarga.

PENANGGUHAN DAFTAR MINAT PROJEK DALAM PORTAL RESIDENSI PRIHATIN (14 JUN 2021)
11 June 2021

Adalah dimaklumkan bahawa proses daftar minat projek Residensi Prihatin tidak boleh diakses pada 14 Jun 2021 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan dan dijangka akan terdapat gangguan pada capaian portal.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.